ckod-ckodok: January 2013

ckod-ckodok: January 2013

Thursday, 31 January 2013

menang give away buat pertama kali nya....

tak nak cakap banyak..eeh blog boleh bercakap ka..hahahah.lin sudah berjaya menang satu giveaway ni.hadiah berupa voucher.ok la dari ramai-ramai yang join kita menangkan.rasa bertuah sangat..

ok la cau cin cau......

my first giveaway

klik banner untuk join


nak join giveway ni.nak tag semua orang ok..

tarikh tamat:20.2.2013

My blog giveaway

klik banner untuk join

jom join giveaway ni.hadiah sangat lumayan tau...

nak tag: misekin , cik amal  ,iema  ,kimi  , belog jcb

Mini GiveAway: Bangkitkan Pesonamu

klik banner untuk join
lin nak join mini giveaway dari blogger fiqa ni.lin kalau menang nak hadiah avon perfume tu.untuk wangikan blog ni..hahahahha.sebab tak munasabahkan...

tarikh tamat:11 feb 2013

2nd GA kain pasang

klik banner untuk join
huhuhu tetiba je gelak kan.lin nak join GA kain pasang dari blog diari hatiku.nak ajak semua join GA ni ok.nak tag semua orang huhu.

tarikh tamat :22 feb 2013

2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away

klik banner unutk join
hai hari ini lin nak join giveaway dari blog remyhazza.jom la join sekali ok..
lin nak tag:misekin

tarikh tamat:28.2.2013

Wednesday, 30 January 2013

Nenek dan datuk bertanduk di china

hai...lin nak kongsi tentang seorang nenek dan datuk di china yang mempunyai tanduk,jom tengok gambar dibawah ok...




















tanduk











tanduk




sumber:google






                                                                         

Segmen : Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar

klik banner untuk join


ok lin nak join segmen dari leeyana ini.lin paling suka lagu cupid nyanyian girls day
kerana lagu ini sangat rancak terasa macam dilamun cinta gitu..huhuhu

lin nak tag:misekin cik amal


Topup Giveaway By IeZwa Razk

klik banner untuk join
hari ini lin nak join giveaway dari iewa razk ...hadiahnya sangat gempak tau..mari la beramai-ramai kita join ye.

tarikh tamat:3 feb 2013

 lin nak tag : iemagurltengkuiji

Kesabaran yang berhasil

Hai.....awak semua mesti tahu pasal masalah domain .my dari asiahost yang bermasalah sejak berapa hari yng lepaskan..

Lin pun kena tempiasnya juga.
Tapi lin mengambil keputusan untuk tunggu dan bersabar.bagi peluang kepada pihak asiahost menyelesaikan masalah tersebut.ramai juga yang mengamuk.huhu dan delete domain tersebut .tapi rasanya boleh ambil balik.domain tu untuk setahun kan.
Blog lin sudah boleh buka.nasib baik sabar .kalau tidak nk setting dns lagi la...huhu

Apa-apa pun..mari la kita berblog kembali ye...yay...

Friday, 25 January 2013

katak terbesar di malaysia


Sungai Siput: Orang ramai sekitar daerah ini gempar apabila seorang ahli perniagaan mempamerkan dua ekor katak gergasi seberat hampir 2 kilogram (kg) setiap seekor yang didakwa ditangkap sekitar kawasan hutan di Gerik, Perak.
Katak besar dipercayai spesis Lithobates Catesbeianus yang didakwa terbesar dan terberat di Malaysia setakat ini, memeranjatkan orang ramai berikutan turut mempunyai saiz panjang melebihi 40 sentimeter .

Katak berwarna hijau itu ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya pada harga RM130 sekilogram.
Ahli perniagaan berkenaan, Low Yin See, 45, berkata, dia memperoleh dua ekor katak gergasi itu daripada lelaki Orang Asli yang berjaya menangkapnya berhampiran sebuah sungai di Gerik minggu lalu.

Menurutnya, katak berkenaan adalah spesis katak paling besar yang pernah ditemuinya sejak menjadi peniaga haiwan eksotik di Pasar Jalong, di sini, lebih 10 tahun lalu.

“Biasanya saiz katak yang dibekalkan kepada saya hanyalah sekitar 100 gram hingga 200 gram seekor. Namun, katak gergasi ini mencecah berat hampir 1.8 kg.
katak terbesar
“Berat katak ini amat luar biasa dan sukar dipercayai. Ramai yang teruja dan ragu-ragu namun akhirnya percaya selepas mendapati katak k berkenaan bergerak-gerak,” katanya.

Dia mendakwa katak itu yang hidup di tebing sungai dengan memakan ikan dan udang hanya aktif pada waktu malam saja.
Katak ini biasanya boleh ditemui pada bulan Disember dan Januari,” katanya ketika ditemui.

Ibu bapa William Yau diminta buat pengecaman


KLANG: Polis memanggil ibu bapa William Yau Zhen Zhong, 6, untuk pengecaman mayat budak yang ditemui di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, malam ini.
Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying diminta hadir ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak terbabit. 
Mayat budak lelaki berusia dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun itu ditemui seorang lelaki tersangkut pada bahagian bot di Jeti Sungai Sireh, kira-kira jam 7.15 malam tadi. 

William memakai kemeja-T warna kuning ketika dia hilang dan terdapat parut di bahagian kiri dahinya, kesan akibat terjatuh.

Pada 16 lalu, anak kedua daripada tiga beradik itu dilapor hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik di situ.

sumber:mymetro

Simpan Wang Dalam Tanah


Kuala Lumpur: Tidak tahan wang simpanannya sering dilesapkan suami yang suka berjudi, seorang wanita terpaksa menyorokkan wang hasil pendapatannya menjual nasi lemak dengan mengorek lubang dan menanam tin berisi wang di dalam rumahnya.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mashitah, 42, berkata, hasil kegigihan dan sikap jimat cermatnya selama dua tahun, dia berjaya menyimpan RM42,000.
Menurutnya, tindakan menanam wang simpanan dalam tanah ikhtiar terakhirnya bagi memastikan wang miliknya tidak diambil suami yang ketagih bermain judi mesin kuda.

“Dia mengambil duit saya kerana setiap bulan semua gajinya sebagai penjawat awam habis digunakan untuk membayar hutang akibat berjudi.

“Malah, semua barang kemas saya berjumlah RM12,000 dia gadai dan duit digunakan untuk berjudi dan selepas itu, saya terpaksa menebus sendiri untuk mendapatkan balik barang kemas berkenaan,” kata ibu tiga anak berusia enam hingga 15 tahun itu.

sumber:mymetro

Thursday, 24 January 2013

alexa rank mengecil

hai...

saja gatai nak buat entri ini,bukan menunjuk ok tapi berlagak je.hahaha(gurau jela).lin tadi perasaan alexa rank lin semakin mengecil.bermakna semakin mengecil alexa rank semakin cerah la peluang kita tersenarai di page di enjin carian.minggu lepas blog lin berada di tangga ke 4 juta rank global dan 25 ribu di malaysia.tadi tengok telah berada ditangga 3 juta global dan 16 ribu di malaysia.tangga ke 16 ribu tapi lin bangga sebab awak tahu tak berapa banyak blog di malaysia ni.huhuhu..semakin bersemangat nak ber blog kalau macam ini.



kena rajin belajar pasal seo,meta tag la.web master la..lin belajar benda asas je,tak ada la nak belajar lagi mendalam benda tu.sebenarnya ada juga blogger yang berjaya tanpa belajar semua ini kerana diaorang punya entri sangat la seronok, pening juga beljar benda tu semua.tapi hasilnya sangat menggalakkan walau pun masih tak sehebat blog-blog terkenal yang lain.blog lin masih lagi sekadaar di pinggiran.masih lagi cuba belajar untuk merangkak di  dunia blogging ni.

lagi lin nak banyak kan lagi isi blog ini.sekarang tengok pun berapa sangat entri lin kan.yang kedua lin nak banyakkan lagi blogwalking untuk tambah kenalan di dunia blog ni..lin bercadang nak buat bloglist untuk blog ni la...

terima kasih kerana sudi membaca blog lin yang caca marba ni,huhuhu,,takde konsep langsung lin  main hentam je apa yang terlintas nak post ,lin post je.hahaha..


sekian terima kasih,


Topup Giveaway by FD

nak join segmen ni


Klik banner untuk join




tarikh tamat:belum ditetapkan lagi.

nak tag:awak semua

Wednesday, 23 January 2013

kepentingan backlink kepada blog

hai

ok kalau cakap pasal backlink bagi orang yang baru kenal dengan blog macam lin ini mesti pelik jakun .huhuhu.rasa macam apo kobondo backlink tu .ok entri kali ini lin nak cerita apa sebenarnya backlink itu dalam bahasa yang paling mudah supaya lin dengan awak faham ok.setelah blogwalking.lin dapati backlink ini memainkan peranan yang penting juga dalam hidup seorang blogger untuk menaikkan pagerank.apa pentingnya pagerank?pagerank penentu kepada penentuan kedudukan page atau post kita di enjin carian seperti contoh google,yahoo dan banyak lagi.lagi banyak backlink kita lagi berpeluang post kita berada di  1st page di enjin carian.siapa tak nak kan post kita berada dia page pertama misalnya google.d\
  bahasa yang senang backlink  ialah url website kita berada di website atau blog orang lain. awak faham ?.

ada banyak cara untuk backlink ini boleh berlaku bila:
-orang review blog kita,dia letak url blog atau website kita dalam entri dia
-apabila kita buat menaja sesuatu seperti membuat template yang ada kredit url kita.
-melalui orang yang letak url kita di bloglist mereka.
-melalui forum-forum kita tinggalkan url kita.


ok disini lin nak bagi satu website unutk awak semak berapa banyak backlink url awak yang ada.lin baru 500+ ,jadi nak tingkatkan usaha lagi,jom sama-sama kita berusaha ok.ok awak klik link dibawah ok.

http://www.backlinkwatch.com/index.php

semoga entri kali ini dapat membantu ok.

terima kasih

Tuesday, 22 January 2013

blog yang simple

ok hai ,selamat malam

malam ini rajin nak update blog.cuba awak tengok kiri kat skrin lepas tu tengok kanan laptop,pc,atau handphone awak .nampak tak apa yang lin nampak.betapa simple je blog lin...cop!!..sebenarnya bukan simple tapi pemalas..hahahaha..tak rajin nak letak widget-widget bagai.

sebenarnya lin ni jenis macam tak suka benda tu berselerak.kalau boleh biar sedap mata memandangkan.pernah letak banyak widget tapi rasa macam erk.... tidak boleh  dibayangkan dengan kata-kata perasaan tu ok.hanya jauhari mengenal manikam. hahaha


tapi akan datang mungkin lin berminat nak hias lagi blog yang sekadar di pinggiran ni ok..ayat nak hot je kan.
tapi ada orang kata blog yang simple ea ringan,kalau ringan tentu senang loading.senang loading tentu ramai suka blogwalking ke sini kan kan....


sekian terima kasih...




tonton tv3 online

tengok tv secara online
hai..selamat pagi,sudah bangun ke belum tu,huhu

hari ini lin nak kongsi cara tengok tv secara online,kadang-kadang bila ada cerita yang seronok di tv kita pula ada hal.macam lin, nak tengok rancangan kesukaan tu tapi malas nak bergerak ke ruang tamu..hahaha ruang tamu tu,ayat macam skema sangat kan,biasa la budak skema la kata ko..huhu

ok berbalik pada tajuk entri ini sebelum lin melalut jauh ke bulan sana,lin nak kongsi laman web tempat tengok tv secara online yang mudah,cepat dan tak banyak hal..

sila klik laman web dibawah anda semua akan terus dibawa terus ke sana..(hahaha)

http://mari.tengok.tv/category/tv-channels/malaysia-tv/


semoga dapat membantu......

Monday, 21 January 2013

test

test

CPUV EARNING HILANG

lin sangat sedih dan rasa marah kerana tadi semak earning cpuv untuk satu kempen yang berjaya singgah diblog lin telah hilang,walau jumlah nya tidak banyak tetapi lin tidak puas hati,,uwaaaaaaa.ke mana beliau menghilang...cpuv earning hilang tanpa kesan

dengan lajunya lin telah menghantar tiket kepada pihak nuffnang untuk bertanya masalah yang dihadapi lin ini..pihak nuffnang belum membalas lagi.harap-harap dpat la balik ye




tidak,lin tak sedih macam ini ok =(




      

     

                                                                  .
                                                                  .
                                                                  .
                                                                  .
                                                                  .
                                                                  .

lin menangis macam ni je..uwaaaaaa mumy....

Sunday, 20 January 2013

Resepi kek krim


hai

lin nak kongsi resepi macam mana nak buat kek krim yang mudah.mula- mula jom kita tengok resepi kek dulu ok

resepi kek
-70gm tepung gandum
-60gm gula halus
-1 biji telur
-20gm Buttercup – dicairkan

semua bahan diatas di adun bersama ye

**Panaskan ketuhar 120darkah celcius, api  atas dan bawah, masak dalam masa 15 minit..










resepi krim kek

- setengah cawan butter atau mentega
-setengah cawan minyak sayuran
-1 cawan gula caster gula pasir

**kesemua bahan ini di pukul sampai kembang ok.


sekarang boleh la hias kek anda dengan krim tersebut,ikut kreativiti masing-masing

selamat mencuba........^.^







Saturday, 19 January 2013

tajuk lagu-lagu jiwang

hai..
lin nak kongsi lagu-lagu jiwang yang berjaya menambat hati lin,kadang orang suka kita tak suka,bila kita suka orang tak suka pulak kan,tapi apa kata awak semua dengar je,lagu ni memang best la bagi lin.
.
.
.
.
.
.
aku yang tersakiti(judika)
.
.
.
.


kekasih yang tak dianggap(kertas band)
.
.
.
.
cinta antara kita(duta dan baizura)
.
.
.
.
aku atau dia(nubhan)
 
 
 

Resepi kek berlapis

huhu hari ini lin ada terjumpa dalam keyword lin.ada orang mencari keyword resepi kek berlapis.jadi di sini lin akan senarai beberapa link website untuk resepi tersebut ok.sekali dengan resepi dia awak semua boleh tengok diwebsite tersebut ok,jum masuk dapur...huhuhu.sebenarnya ada banyak kek yang bentuk berlapis ni.antara yang kita semua tahu ialah:



1-kek berlapis sarawak

   klik sini ok http://www.myresipi.com

2-kek lapis pelangi
   klik sini ok http://www.myresipi.com

nanti lin update lagi ok...........

Nenek kerap bertukar pasangan

sumber-mymetro


Tidak padan dengan usia sudah lebih separuh abad, seorang janda berstatus nenek kerap bertukar pasangan, membawa teman lelakinya pulang ke rumah di flat Larkin di sini.
Malah, anak sulungnya, wanita berusia awal 30-an, dipercayai bersekedudukan dengan teman lelaki hingga melahirkan seorang anak berusia dua tahun manakala anak keempatnya, juga wanita berusia awal 20-an, melarikan diri dari rumah itu selepas mengandung anak luar nikah.

Difahamkan, janda beranak empat yang juga ahli perniagaan itu tidak mempedulikan teguran anak lelakinya.
Dua anak lelakinya, iaitu anak kedua dan ketiga yang sudah berkahwin serta tinggal bersamanya, hanya mampu menasihatkan ibu, kakak serta adik perempuan mereka.

Seorang kenalan keluarga berkenaan yang mahu dikenali sebagai Azimah, 40-an, berkata, perbuatan itu diketahuinya sejak beberapa tahun lalu.

“Saya tidak berniat mencampuri urusan keluarga mereka, tetapi sebagai umat Islam, saya tidak mahu bersubahat selepas mengetahui perkara sebenar.
“Apa yang saya tahu, baru-baru ini wanita berkenaan menjalin hubungan dengan seorang lelaki berusia awal 30-an yang juga pekerjanya sendiri,” katanya.

Azimah mendakwa, anak sulung dan anak bongsu keluarga terbabit (kedua-duanya wanita) mencontohi kelakuan ibu mereka kerana turut berkelakuan sedemikian.
“Bagaimanapun, dua anak lelakinya tidak merestui perbuatan itu dan mereka berkahwin secara sah.

“Saya juga difahamkan anak lelaki terbabit serta isteri masing-masing beberapa kali menegur ibu mereka, namun tidak diendahkan, malah diingatkan supaya jangan menderhaka,” katanya.

Menurut Azimah, dia melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) Zamri Kambari berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung keluarga berkenaan dan kini mengumpul bukti.

Menurutnya, risikan perlu dijalankan, termasuk waktu wanita terbabit membawa pulang pasangannya ke rumah serta mengumpul bukti lanjut sebelum serbuan.

Beliau bagaimanapun berkata, sebagai ibu, wanita terbabit seharusnya menjadi contoh baik kepada anak.

Wanita mati ditembak

sumber-mymetro
KLANG: Seorang wanita terbunuh selepas cedera terkena tembakan anggota polis yang cuba menghentikan sebuah kereta dipercayai cuba merempuh mereka di Taman Sejati dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian itu, anggota polis terbabit dikatakan cuba dirempuh kereta Proton Waja yang dipandu secara mengundur oleh seorang lelaki berusia 31 tahun manakala wanita terbabit duduk di sebelahnya.

Difahamkan, anggota polis peronda terbabit melepaskan tembakan amaran sebelum menembak beberapa das ke arah kenderaan berkenaan yang mengenai wanita berusia 22 tahun berkenaan.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata kejadian bermula jam 7.35 malam apabila pasukan peronda polis mengesan pergerakan mencurigakan kereta suspek di Jalan Batu 3 Lama, Klang.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati cukai jalan kereta berkenaan telah tamat tempoh menyebabkan anggota peronda terbabit cuba menahan suspek yang kemudian bertindak melarikan diri.

“Suspek melarikan diri sejauh kira-kira 10 kilometer hingga ke Taman Sejati. Anggota polis terbabit telah keluar dari kereta peronda untuk menahan suspek tetapi cuba dirempuh kereta Proton Waja itu secara mengundur menyebabkan anggota terbabit melepaskan tembakan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Katanya, anggota polis terbabit berjaya menahan suspek lelaki dan mendapati wanita berkenaan cedera parah akibat terkena tembakan.

Menurutnya, kakitangan perubatan daripada ambulans yang dipanggil ke tempat kejadian mengesahkan wanita terbabit telah mati akibat kecederaan.

“Suspek lelaki telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan manakala mayat wanita itu dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Adnan berkata, pemeriksaan mendapati suspek lelaki memiliki enam rekod jenayah termasuk samun dan dadah manakala kereta dinaiki mereka dilaporkan hilang Selasa lalu.

“Pemeriksaan di dalam kereta Proton Waja itu juga menemui sebilah parang dan serbuk putih dipercayai dadah,” katanya.

MACAM MANA NAK TENGOK ADAM DAN HAWA ONLINE

 assalammualaikum,,

adam hawa online
hari ini lin nak kongsi MACAM MANA NAK TENGOK ADAM DAN HAWA ONLINE.semua orang tahukan drama adam dan hawa menjadi fenomena di seluruh malaysia,adam dan hawa adaptasi sebuah novel adam dan hawa dari novelis terkenal iatu aisya sofea.

lin nak kongsi sedikit sinopsis novel ADAM DAN HAWA .

Cerita ini bermula apabila seorang remaja kampung bernama Ain Hawani yang baru habis spm telah berkerja di tadika di kampung nya yang dimiliki oleh kakak Adam Muhkriz
Ketika bekerja disana lah Ain Hawani telah berjumpa dengan adam muhkriz, kali pertama Ain Hawani Melihat Adam Muhkriz Ain Hawani telah jatuh cinta padanya pada pandangan pertama, Adam Muhkriz ialah adik kepada tuan tadika tersebut yang bekerja sebagai pilot si sebuah syarikat penerbangan tempatan iaitu Mas dan dilihat berperangai ala-ala playboy.
Namun umpama malapetaka menimpa Ain Hawani apabila Ain Hawani dan Adam muhkriz telah ditangkap basah bersama oleh orang orang kampung , Ain Hawani Terpaksa Berkahwin dengan Adam Muhkriz untuk membersihakn namanya dan dan nama keluarganya.
Namun Ain Hawani dan Adam Muhkriz tidak bahagia dengan perkahwninan tersebut kerana beberapa hal yang berlaku.
Adam Muhkriz dilihat lebih mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.
Sinopsis Adam Dan Hawa Kembali Menarik Apabila Selepas itu mereka terpisah apabila Ain Hawani telah berjaya melanjutkan pelajaran diluar negara selama 8 tahun, Adam Muhkriz yang masih menganggap Ain Hawani sebagai seorang isterinya rela menunggu ain hawani selama 8 tahun ini namun semua itu berbeza bagi ain.
namun mereka kembali bertemu di tempat paling mulia di dunia ini iaitu mekah, selepas itu mereka berdua pulang ke tanah air dan hubungan cinta mereka kembali bertaut kembali

sekarang link nak tunjuk kan  MACAM MANA NAK TENGOK ADAM DAN HAWA ONLINE .awak semua pergi laman web ini ok.

http://www.flm2u.com/2012/09/adam-dan-hawa.html


Thursday, 17 January 2013

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih.
hari ini lin nak join segmen mudah dari blogger emas putih.segmen ini diberi nama segmen top up by emas putih.blogger emas putih nak bagi hadiah top tau.jadi mari la kita sama-sama join  segmen segmen top up by emas putih ok.nak join klik banner ok


tarikh tamat:30 hb Januari 2013 , Rabu Jam 11.59 Malam

Tuesday, 15 January 2013

Di belasah 10 lelaki

Akibatnya, dia terpaksa menanggung kesakitan kerana mengalami lebam dan luka di beberapa bahagian badan.

Dalam kejadian kira-kira 10.50 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, 23, berkata, ketika kejadian dia sedang bersembang dengan sepupu di hadapan rumah bapa saudaranya.
Katanya, tiba-tiba dua kereta berhenti di hadapannya sebelum 10 lelaki bersenjatakan kayu dan batang paip meluru ke arahnya.

Menurutnya, tanpa sempat berbuat apa-apa, lelaki terbabit terus memukul, menendang dan menumbuknya bertubi-tubi.

“Saya cuba mempertahankan diri, tapi tiba-tiba saya nampak seorang daripada lelaki itu mengambil besi kunci motosikal dan memukul saya,” katanya
“Akhirnya saya terpaksa membiarkan diri dibelasah kerana khuatir akan dicederakan lebih teruk,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, selepas beberapa minit membelasahnya, semua lelaki itu meninggalkannya yang sedang menahan kesakitan.
Namun, sebelum melarikan diri, mereka sempat menterbalikkan motosikal, merosakkan pintu dan tingkap rumah bapa saudaranya itu.

Amir berkata, dia bernasib baik kerana sepupunya berjaya menyelamatkan diri dengan menyorok di dalam rumah jiran.

Beliau berkata, sehingga kini, dia masih bingung dengan kejadian yang berlaku kerana dia tidak mempunyai musuh atau masalah dengan orang lain.

Katanya, selepas kejadian, dia bimbang untuk keluar rumah.

Pemilik rumah yang mahu dikenali sebagai Din, 67, berkata, dia bimbang kejadian itu pertama kali berlaku sejak tinggal di rumah 43 tahun lalu.

Katanya, dia sendiri tidak mempunyai musuh dengan sesiapa, malah hubungannya rapat dengan penduduk kampung.

“Saya syak kumpulan itu tersalah rumah dan menyerang anak saudara saya kerana dia juga tidak ada musuh.

“Namun, saya bersyukur kerana mereka tidak merosakkan rumah dan kecederaan yang dialami anak saudara saya juga tidak serius,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.


sumber:harian metro

wanita dipukau 2 lelaki

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 40 tahun pergi ke pasar di Desa Jaya, di sini, untuk membeli barangan keperluan sebelum dua lelaki yang menaiki sebuah kereta berhenti dan menghampirinya seolah-olah ingin bertanya sesuatu, kira-kira jam 7 pagi, Jumaat lalu. Sumber berkata, ketika lelaki itu menghampirinya, mangsa seperti dipukau dan hanya menurut arahan lelaki itu untuk masuk ke dalam kereta.

“Kedua-dua lelaki terbabit membawa mangsa ke sebuah rumah. Mereka turut mengambil beg tangan mangsa sebelum membawa mangsa ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang tunai,” katanya.
Beliau berkata, mangsa hanya mengikut arahan lelaki itu dengan mengeluarkan wang tunai RM5,000 melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Menurutnya, sebaik selesai mengambil wang itu, mangsa dibawa ke rumah berkenaan dan ditinggalkan semalaman.

“Keesokannya mangsa dibawa semula ke pasar di Desa Jaya kira-kira jam 10 pagi sebelum ditinggalkan di kawasan berkenaan. “Sebaik kedua-dua lelaki itu meninggalkannya, mangsa seolah-olah tersedar dan terus memeriksa beg tangannya sebelum mendapati sejumlah wang hilang,” katanya.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya, di sini, kerana yakin ditipu dan dipukau kedua-dua lelaki terbabit.


sumber:harian metro

Sunday, 13 January 2013

Kenali Diri Melalui Warna Part 1

ok!!!!!!!!!!!!!........
apo kono dak ni tetibo jo ok.hahaha..
assalammualaikum kawan-kawan,pada entri kali ni lin nak kongsi satu psikologi ujian berkaitan dengan warna,awak semua tahu tak warna boleh melambangkan sikap terpendam seseorang tau...ok jom pilih warna yang awak semua suka ok,,
.
..
.
.
.
.
.
.
ok sudah bersedia???let'begin..


*MERAH
-orang yang suka pada warna merah adalah orang yang bersemangat dan bertenaga. anda adalah seorang yang optimis err..tahu tak optimis tu apa??apa!!!???tak tahu ok-ok lin bagitahu ye Optimis itu maksudnya selalu mempunyai harapan yg baik dlm menghadapi sesuatu hal. Anda tidak berasa kecewa atau tidak gembira apabila mengalami kekalahan .anda akan bermusuhan  dengan mereka yang ingin menghalang kebahagian anda. malah anda mencari ikhtiar untukmenyelesaikan masalah. anda akan menyalahkan orang lain apabila berlaku kesilapan .oleh itu,layanlah orang lain dengan hati yang terbuka,mungkin anda akan mendapatkan kebahagian





 *warna hitam

-orang yang suka warna hitam adalah orang yang sangat realistik.apa yang anda lakukan semuanya mempunyai perancangan.anda tidak akan melakukan perkara yang akan mendatangkan risiko kepada anda .anda akan merancang masa depan dengan sebaik-baiknya dan berusaha menuju ke masa depan.anda adalah seorang yang anggun dan bercita-cita tinggi.pada pandangan  orang lain ,anda adalah seorang yang mempunyai pendirian dan tahu mengambil berat akan orang lain.





*warna kuning

-orang yang suka warna kuning adalah orang yang mempunyai kreativiti yang tinggi dan perassan ingin tahu yang lebih tinggi berbanding orang lain .anda mengambil berat akan perkara yang berlaku disekeliling anda .anda sangat berminat dalam aktiviti sukan.anda seorang yang berkeyakinan dan berpengetahuan luas.walaupun anda kelihatan seperti seorang yang pandai bersosial sebenarnya anda sangat sunyi .jadi anda tidak akan menderhaka kepada kawan-kawan anda dan tidak akan melakukan perkara yang tidak yakin.

  akan bersambung part 2 ye tunggu......

Saturday, 12 January 2013

uji personaliti dengan coklat

hellooooo......

hari ini lin nak buat ujian personaliti berdasarkan coklat,kawan-kawan semua mesti biasa makan coklatkan,tahukah awak semua coklat yang dimakan boleh melambangkan personaliti kita tau,huhuhu,tak tahu la sama ada tepat atau tak,jom cuba la eh,
gambar dari google


soalan-pilih coklat  yang disukai dibawah:(huhuu senang jekan tak macam soalan spm pun kan)

(A)coklat warna putih
(B)coklat susu
(C)coklat hitam@dark chocolate
(D)coklat campuran(semua rasa)

sudah pilih yang mana satu????........scroll kebawah
.
.
.
.
.
.
.
.
pilihan jawapan (A)coklat warna putih-
-kamu memiliki semua kekuatan untuk memiliki dunia(fuyoo ada macam iron man ke ).tapi sayangnya kadang kala kamu seakan ragu-ragu untuk membuat keputusan.padahal,jika kamu tahu apa yang kamu inginkan capaikan,pintu kejayaan terbuka unutk kamu.


pilihan jawapan (B) coklat susu-
-kamu suka kepada keindahan dan peka terhadap apa yang kamu lihat,bagi kamu,mengenang masa lampau dan mengingati kembali saat-saat indah sewaktu kecil mampu membuat semangat kamu berkobar-kobar.


pilihan jawapan (c) coklat hitam@dark chocolate-
-kamu berpandangan jauh,pandangan dan cadangan kamu kemukakan selalu up to date.kamu sentiasa berusaha untuk tampil lain dari yang lain,selain itu kamu gemar mengumpul barang pemberian orang.


pilihan jawapan (D)coklat campuran-
-kamu seorang yang fleksibel.kamu tergolong antara yang kaya dengan wawasan.mudah bagi kamu mengikuti peredaran zaman.kamu tidak ingin diri kamu jauh tinggal di belakang.


huhuhu..ada tak sama dengan personaliti awak semua.ini hanya hiburan tak semestinya betul ok.semoga bergembira.

Friday, 11 January 2013

Hari saya pada 11.1.2013

Hari ini lin demam,bangun tadi sangat tidak larat,demam-demam sudah telan sekeping roti canai.hahahha.selera macam anak gajah...ok sudah makan panadol
Tadi.nak tidur sekejap.harap bangun nanti ,demam sudah kebah..

Tata .....
Tata....
Tata....


Thursday, 10 January 2013

1st Giveaway & Blogwalking by Annur

klik banner untuk join
lin nak join 1st giveaway dari annur,harap-harap sempat la ye,,

lin nak tag chot ,mis ekin dan akma

Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen

klik banner untuk join ok
lin nak join segmen dari blog Hanif idrus,hadiahnya berupa keychain,korang tinggalkan komen kat entri ni ok,nanti lin korang jugak,komen apa-apa pun boleh.hehehehe

tarikh tamat:9.2.2013

lin nak tag --> mis ekin  dan  cik amal


komen tau


komen tau

komen tau

komen tau

komen tau

komen tau  

Review Follower yang ke 222

huhu hai.......

tadi bangun tidur je buka laptop je terus online blog,hahaha keji bukan bangun pergi mandi dulu ke kan,

setelah di belek-belek,ditenung-tenung terperasaan yang follower sudah meningkat ke angka 222,bagi korang sikit la tu kan,tapi bagi lin bilangan follower sudah mencecah ketahap yang boleh dibangga kan ayat tak boleh blah,ngeee

ye la cuma korang bayangkan(bayangkan kejap eh) ada 222 orang sudi nak jadi follower di blog yang tak seberapa ni,

ok masa yang ditunggu-tunggu kan inilah wajah kesayangan hamba hehehe minat lagu ni.  cik aety hassan follower bagi blog www.ckod-ckodok.my.

sila usha gambar dibawah sebagai bukti follower sudah mencapai ke angka 222

gambar cik aety hassan


blog cik aety hassan ni di beri nama aku adalah aku .ya..semestinya.kita adalah diri kita..majulah sukan untuk negara.hahaha...ops terlebih sudah..blog cik aety hassan ni menggunakan tema biru,sangat comel,blog cik aety hassan juga banyak memberikan nasihat yang berguna seperti entri nya yang bertajuk selamat tahun baru 2013,ayatnya yang menarik minat lin adalah "   Sebelum kita yakinkan orang lain, yakinkan diri sendiri yang kita mampu majukan diri sendiri. "..

jom la kita follow blog cik aety ini ok ----> blog http://aetyhasteja.blogspot.com <-----

Wednesday, 9 January 2013

macam mana nak tahu blog ada virus

hai...
pernah dengar tentang malware?.malware ialah sejenis virus yang boleh menyerang blog anda sehingga mengakibatkan blog anda di blacklisty. haaaa taku tak takut tak..mesti takut kan.oleh yan3g demikian lin telah membuat sedikit pencarian dan ber jumpa dengan satu web ni,awaksemua boleh cek blog masing-masing sama adatelah di jangkiti malware atau tK


dan yang paling penting eanya percuma!!!!!!!....

dan yang paling mengembirakan blog lin bebas dari malware.  hoyay!!!!!!!

apa tak percaya????...nah tengok bukti dibawah (maaf gambar akan diupdate kemudian

klik---->sini<- untuk scan secara percuma untuk blog danwebsite anda

New year GA by Cik Akma

klik banner untuk join
lin nak join GA dari cik akma ni..blog dia memang comel tau.....
pandagan lin tentang http://www.akmashoppe.my/ pula bagi lin web ini memang comel dapat menarik minat gadis-gadis,barangan yang dijual pun sesuai dengan tema nya,comel je.kalau menang lin nak tudung bawal warna pink la(harap-harap menang)






lin nak tag budak comel ini~~>chot dan   mis ekin

Giveaway Mialiana.com




KLIK BANNER UNTUK JOIN

lin nak join give away dari mialiana.com hadiah dia memang sangat menarik .menang pendrive yang cantik tu,,,sebelum tu kena isi slogan ini dulu...^.^

  Saya paling suka entri   mialiana dalam berita harian 20.12.2012 di Mialiana.com
kerana bangga sangat dengan Mialiana ni,da la popular di dunia blogging ni,dapat pulak jadi graduan,lagi seronok dapat masuk surat khabar pula tu,memang bertuah la Mialiana ni,(hehe puji ikhlas ni)...teruskan usaha Mialiana!!!!!!!!!!!!!!! caiyok~~~....!!!!!!

senyum selalu ye Mialiana~~~~~~


ok sudah habis sesi membodek,lin nak tag budak comel ni~~>mis ekin ,chot ,all about life

Tuesday, 8 January 2013

Resepi kek berlapis krim strawberi

Hai pembaca..booo...tajuk bukan main lagi kan...gempak gitu...sebenarnya bukan resepi pun..sebab belum jumpa lagi..korang jangan marah..nanti lin nangis nanti( eleh gedik la minah ni)<--- suara angin...hahaha....tadi lin beli sepotong kek ni ..sedap tau..berlapis- lapis.lapisan yang lembut tu macam krim..ada sirap strawberi yang dicampur...mang sedap sangat..gebu dan lembut je bila makan tau....dia punya hiasan .dia letak strawberi sebiji..comel sangat..tadi rasa macam taknak makan je...tapi desakan nafsu yang bergelora..( heii nafsu makan ok..korang jangan salah faham ok!!!).. Dengan laju makan tanpa pedulu orang sekeliling..ok tipu je..hahaha..  Bagi mwnjeleskan korang semua.jom tengok gambar kek yang berjaya di selamatkan..haha

.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
Siapa yang tahu nama kek ni komen la ok..




Worniojowo Giveaway by Wanynaziar'

klik banner untuk join
jom join segmen yang banyak hadiah ni.....

tarikh tamat:25 januari 2013

lin nak tag mis ekin dan amy saje

GREEN APRICOT FOLLOW & MENANG

klik banner untuk join
jom join sahabat sahabat ku semua

tamat pada:13 jan 2013

Chipmunk & Barney : Simple Giveaway".

nak join klik banner ok....
lin nak join segmen ni....simple je...huhuhu..nak tag semuanya.....

tarikh tamat 14 januari ye kawan-kawan..

Saturday, 5 January 2013

Ina 1st Giveaway

klik banner untuk join


jom join segmen ni,,
lin nak tag mis ekincik amal ,farhana










Giveaway maiely jayley

klik banner


nak join klik ---->sini<-----
nak tag syakirah,mis ekin,haseebah
tarikh tamat:30 januari 2013

KAWAII GIVEAWAY

klik banner untuk join
lin nak join kawaii give away ni plak.korang nak join klik---->sini<------

jom  menang  hadiah yang comel-comel


tarikh tamat 25 januari 2013

Giveaway Macam-Macam-Ann 2013



lin join segmen giveway ni,korang nak join klik ------>sini<--------

Tuesday, 1 January 2013

hey awak!!!boleh tak, jaga sikit mulut tu

hahahahahahaha...dalam hati masih panas lagi,lin pun tak tahu nak kata apa-apa la dengan budak-budak zaman sekarang bukan semua la tapi segelingtir yang berperangai cam dorang seorang yang gud-gud..mulut ko mang leh tahan kan budak kecik,,
di mana kah silapnya,,,

ceritanya bermula begini...semalam lin pergi teman adik ,dia nak beli baju tshirt putih,semalam da la ramai orang sesak la,dengan keadaaan tempat tu yang sempit,sedang membeli tu datang budak seorang ni (lin agak sekolah rendah atau baru tingkatan satu) lin terlanggar dia sikit je sebab kan nak elak orang depan nak lalu,sikit je langgar ,tak jatuh pun,,ala-ala terkena sikit je,,tahu dia kata apa,,dengan kuat dia kata ''bodoh betul'',,pergh,,,nak je lin sound budak tu..tak padan dengan kecik wa cakap lu....kenapa kenapa semakin kurang ajar anak-anak sekarang ni ye,,

tak kira mak bapa korang kaya sekali pun,,tolong jaga mulut awak ok ADIK....kalau tak suka dengan orang ramai duk je kat rumah mengadap laptop korang...sekarang ni BODOH,BANGANG,BABI hanya mainan di mulut je..senang-senang je nak di ungkapkan,,ingat maikn maju makin cerdik otak,,

ok la,apa-apa pun smile ok....ekekeke..jiwa remaja la konon kan..berdarah panah kan..

x0x0
lin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...