ckod-ckodok: January 2014

ckod-ckodok: January 2014

Monday 20 January 2014

Resepi kentang wedges mudah

Salam.nak kongsi resepi kentang wedges.kentang wedges sapa suka makan angkat laptop lelaju?..huhu
Walaupun kentang wedges tak sama macam kfc punya rasanya masih sedap tau.sehingga menjilat siku.
Bahan-bahannya:
-4 biji kentang
-Sebiji telur diambil putih sahaja
-Susu kotak kecil full cream*rujuk gambar
- Perwarna kuning
-Keju chessedale 6 keping
-Serbuk lada hitam
-5s sudu tepung gandum
-1cawan air
-Secubit garam
Cara-caranya
Potong kentang berbentuk taji,jangan buang kulit.rebus sehingga empuk.semasa rebus masukkan secubit garam ye.
Setelah empuk kentang tersebut ditoskan.gaulkan putih telur dengan kentang dengan hati-hati kerana kentang yang direbus mudah patah.
Salutkan dengan tepung gandum dan goreng sehingga perang keemasan.
Langkah Seterusnya proses memasak sos keju wedges .masukkan 1 kotak kecil susu full cream.satu cawan air.masukkan keju.hidupkan api.api jangan la terlalu besar.takut hangit nanti.masukan sedikit serbuk lada hitam.kacau sampai sebati semua bahan.masukkan sedikit serbuk pewarna kuning .
Tadaa siap la resepi kentang wedges





Wednesday 8 January 2014

Resepi maggi kari sedap

Salam dan hai

Tetiba hari ini teringin makan mee segera atau orang malaysia sudah terbiasa panggil maggi..

Selalu sangat makan maggi cara biasa kan.letak air dalam periuk,campak maggi tunggu 2 minit masak ka..

Hari ini dengan jayanya lin nak cuba lain sikit cara masak maggi tu..nak resepi.jom tengok bahan- bahannya

Bahan-bahan (1paket):
Seulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 biji telur
2 cawan
1 paket maggi

Cara-cara memasak:
Mula-mula tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.masukan sos cili dan sos tomato.biar sampai sebati masuk kan air 2 cawan.masukkan maggi .agak maggi sudah kembang masukkan telur dan tutup api.

Tadaaaa!!!!!.

Semangkuk manggi yang sedap sudah terhasil. Selamat mencuba

Ps: nak sedap letak la sayur.baru meriah..

Wednesday 1 January 2014

Bukan kita di tempat mereka

Salam.

Lin suka baca forum .forum yang lin suka baca ialah .di forum tu banyak isu semasa,gosip,misteri dan banyak lagi.

Lin suka dapatkan cerita- cerita baru disitu sebab mereka rajin je bincangkan isu semasa.sambil-sambil tu lin suka baca komen- komen forumer kat situ.ada yang positif dan negatif.

Contoh macam kes dera isteri ada komen kata nape la isteri tu bia je suami pukul dia.

Ok lin rasa kita tak patut nak membuat kenyataan macam tu.sebab kita tak ada kat tempat kejadian.kita tak rasa,tak tahu apa sebenarnya berlaku.

Kadang benda berlaku terlalu pantas sampai kita tak sempat nak fikir apa2.

Ps:anda bukan mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...