Sinopsis Rindu Bertamu Di Abu Dhabi | ckod-ckodok

ckod-ckodok: Sinopsis Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

Monday, 11 February 2013

Sinopsis Rindu Bertamu Di Abu Dhabi

hai,

drama terbaru yang akan menggantikan setia hujung nyawa ialah rindu bertamu di abu dhabi.
 
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi ini mengisahkan tentang Firdaus (Fahrin Ahmad) yang terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle). Firdaus difitnah bersekedudukan dengan Ain Farohah (Tasha Shila). Ini menyebabkan dia dihalau oleh bapanya Haji Ilham (Dato Rahim Razali). Setelah bernikah dengan Ain, Firdaus membawa diri ke Abu Dhabi dan bekerja sebagai jurutera di sana. Sebenarnya sebelum hal ini terjadi, Firdaus telah pun bertunang dengan Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Fareez (Aiman Hakim Ridza) yang merupakan adik bongsu kepada Firdaus dan Faiz, berusaha untuk kembali menyatukan keluarga mereka.






Dapatkah Fareez menyatukan kembali keluarganya? Adakah FIrdaus akan berlembut hati untuk pulang? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita saksikan drama bersiri Rindu Bertamu Di Abu Dhabi yang akan disiarkan mulai Isnin ini (11/2/2013) di slot Akasia pada pukul 7 malam.





ps:agak-agak boleh jadi popular macam setia hujung nyawa tak?..huhu

1 comment:

  1. tak sabar nak tengok cerita nie..cam best jer :))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...