ckod-ckodok: August 2013

ckod-ckodok: August 2013

Saturday 31 August 2013

Tembikai Pelbagai Bentuk Unik (Gambar)

salam hai,,

hari ini nak kongsi cerita pasal buah tembikai,buah tembikai atau nama botaninya Citrullus Lanatus digemari ramai kan sebab rasanya yang manis berjus.lin selalu order air tembikai kalau makan kat luar.hehe.selalu kita tengok tembikai ni berbentuk bulat dan bujurkan .apa kata kawan-kawan semua tengok pula buah tembikai yang berbentuk unik seperti gambar di bawah:





buah tembikai bentuk hati
bentuk hati 



lagi.....















Monday 19 August 2013

Watak Kartun Didunia Sebenar (gambar)

salam dan hai...ambil kau tajuk kan main panjang lagikan,,,biasa tengok kartun tak?kalau biasa mesti korang biasa tengok watak-watak popular ini kan.jom tengok berapa peratus persamaan kartun  dengan orang di dunia realiti.
































Sunday 18 August 2013

Proton Suprima S

proton suprima s
Tambah kapsyen


proton suprima s








Kuala Lumpur: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) semalam melancarkan secara rasmi model hatchback mampu milik pertama bagi generasi baru, untuk pasaran tempatan dan global.
Proton Suprima S yang dilengkapi pelbagai ciri teknologi dan keselamatan terkini, turut menerima anugerah lima bintang dalam program Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) selepas dinilai menerusi tiga ujian perlanggaran iaitu meliputi bahagian depan dan sisi oleh pakar bebas di makmal khas di Australia.

Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata, Proton fokus dalam menambah baik setiap aspek model terbaru itu, terutama dari segi keselamatan, dan membelanjakan RM200 juta untuk penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan.
“Proton bekerjasama rapat dengan vendor dan pembekal untuk mereka bentuk konsep sistem dan komponen Suprima S dari peringkat permulaan, malah pembabitan secara komprehensif bagi memberi jaminan pemahaman dan komitmen tertinggi daripada semua pihak.

“Untuk permulaan, kami mengunjurkan jualan 750 unit sebulan dan yakin akan terus mendapat sambutan hasil pakej menarik ditawarkan,” katanya yang turut bercadang mengeksport model itu ke pasaran Asean bermula di Indonesia, Thailand dan Australia dalam tempoh enam bulan.

Pelancaran Proton Suprima S disempurnakan Penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, di sini, semalam.
Diiktiraf sebagai kereta yang menepati piawaian antarabangsa, Suprima S dilengkapi ciri-ciri keselamatan maksimum seperti enam beg udara, sistem brek anti-kunci (ABS) serta kawalan kestabilan elektronik.

Sebanyak lima warna menarik ditawarkan iaitu Atlantic Blue, Fire Red, Tranquility Black, Solid White dan Genetic Silver dengan jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer (km). Ia mula dijual semalam di semua pusat pameran Proton seluruh negara dengan harga bermula RM76,338 bagi jenis eksekutif dan RM79,638 jenis premium.
Sementara itu, Tun Dr Mahathir berharap pendapat bahawa Proton pengeluar kereta murah berkualiti rendah dapat dihapuskan kerana Proton kini mengeluarkan kereta yang sama taraf dengan pengeluar kereta terkenal.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, Suprima S mampu menarik minat, khususnya golongan muda, yang dilihat lebih menggemari kereta berbentuk hatchback yang lebih ‘sporty’ berbanding sedan.



ps:erk nak jugak.....smart la..





Kanak-kanak disyaki didera

Ipoh: Polis mereman suami isteri yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, di Menglembu, di sini, Khamis lalu, sehingga menyebabkan mangsa cedera parah dan masih menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, di sini.
Perintah reman selama tiga hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung kes itu dikeluarkan oleh Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Majistret Ipoh, jam 10.25 pagi semalam. Suspek lelaki berusia 39 tahun tiba di mahkamah jam 10.25 pagi, manakala suspek wanita berusia 30 tahun tiba setengah jam kemudian.

Kedua-dua suspek berada di dalam mahkamah lebih setengah jam dan keluar bersama dengan menaiki kenderaan polis sebelum meninggalkan bangunan itu, jam 11.30 pagi. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima laporan dibuat oleh doktor yang merawat mangsa. “Dia memberitahu, mangsa cedera di beberapa bahagian badan dan kepala, disyaki kesan penderaan.
“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan dan menahan ibu bapa kanak-kanak itu di rumahnya di Taman Wang, Menglembu di sini, jam 1.30 petang kelmarin,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendera. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.


sumber harian metro

meh klik iklan ni satu kali



Bom Ditinggalkan Dalam Kereta

bom
kereta yang ditinggalkan suspek



Port Dickson: Seorang ejen bilik penginapan di sebuah resort di Jalan Pantai, Batu 2, di sini, menempuh saat mencemaskan apabila seorang pelanggan meninggalkan sebutir bom dalam kereta di tempat letak kenderaan di tingkat dua resort, malam kelmarin.
A Kannan, 36, berkata, dia menyewakan sebuah bilik di tingkat dua kepada suspek berusia 25 tahun dan teman wanitanya berusia lingkungan 20-an pada jam 6.56 petang, Selasa lalu.
Bagaimanapun, katanya, pasangan berkenaan meninggalkan bilik itu jam 12 tengah hari Rabu lalu tanpa memaklumkan kepadanya.

“Ketika mengemas bilik itu pada 14 Ogos lalu (Rabu lalu), saya terkejut kerana pintu tidak berkunci dan kunci hanya diletakkan di dalam bilik.“Enggan berfikir panjang, saya menutup akaun kemasukan mereka dan terus mengemas bilik,” katanya.

sumber:Harian metro

da baca meh tengok iklan menarik ni pulak:



Thursday 15 August 2013

TERKINI 3 beradik hilang ditemui selamat

IPOH: Tiga beradik yang dilaporkan hilang dari rumah mereka di Taman Meru, di sini, sejak 6.30 petang semalam, ditemui dalam keadaan selamat di ibu negara malam tadi.
Jurucakap polis berkata, ketiga-tiga mereka iaitu Syafaruddin Syazwan Rizauddin, 11; Syahir Syafi, 8, dan Syauratul Syafiah, 6, ditemui kira-kira jam 9 malam. 
Mereka kemudian dibawa ke di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. 

"Polis masih menjalankan siasatan bagaimana mereka boleh berada di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi, di sini, tengah malam tadi.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini dipercayai hilang antara jam 2 hingga 6 petang kelmarin ketika ibu mereka keluar bekerja.

Sementara itu, bapa tiga beradik itu, Rizauddin Md Zain berkata, dia bersyukur ketiga-tiga mereka ditemui selamat walaupun masih hairan bagaimana mereka boleh pergi sejauh itu. 

"Saya dihubungi seorang pegawai polis dari IPK Perak memberitahu mereka sudah ditemui," katanya.

Sementara itu, usaha untuk menghubungi ibu dan bapa saudara mereka tidak berjaya.


sumber :harian metro



Sunday 4 August 2013

Contest Blogger Jejaka Jambu

salam dan hai..

entri kali ini nak cerita pasal contest blogger jambu .contest menawarkan hadiah yang menarik tau,hadiahnya ialah power bank..tunggu diakhir entri ini lin kongsi link contest tu.jom kita berkenalan dengan blogger jejaka jambu ni dulu.erk jambu??jejaka? jejaka+jambu=ada jejaka yang jual jambu??.hihi gurau je.jangan marah ye tuan jejaka jambu.blogger jejaka jambu atau lebih dikenali sebagai NAN @ NAN-LIME .Berasal dari Selangor katanya.

Blogger Jejaka jambu ni seorang yang berjiwa seni,kerana meminati Grafik dan suka tengok benda-benda kreatif.oo baru tau...mempunyai blog yang beralamat di blog.lime.my .Blog Jejaka jambu ini berlatar belakangkan warna hitam ok,bukan pink ye kawan-kawan walaupun mengguna nick name jejaka jambu gitu.hihi.hitam melambangkan keberanian,hitam sangat smart ok.lagi lin suka header dia.simple sangat menggunakan limau nipis sebagai header adalah sangat kool..hijau=hitam memang menjadi la gabungan tu.mengambil kata-kata dari pablo picasso iaitu Enerthing you can imagine is real.



Artikel ini ditaja oleh : Contest Blogger Jejaka Jambu

jom serbu contest jejaka jambu di sini--->http://blog.lime.my/2013/07/contest-blogger-jejaka-jambu.html



sekian terima kasih...


Ant's life studio

salam dan hai...

hari ini lin nak kongsi satu alat permainan yang sangat-sangat best dan memberi pengetahuan ilmu yang baru kepada kita.syarikat Bandai telah melancarkan Ant's life studio yang meniru sarang semut yang sebenar .kita dapat  menyaksikan kehidupan semut,memunggah kotoran,membuat landasan,berasa takut dengan permaisuri dan sebagainya.



terdapat lebih dari 100 jenis sarang semut dalam studio ini.anda juga boleh melihat perkembangan semut yang rajin didalam studio ini.


















ps:best kan.hehe tak tahu la kat malaysia ada ke tak benda ni..meh klik iklan sabun ini satu kali ye.tima kasih

Thursday 1 August 2013

Segmen Review Blog part 2

salam dan hai....

hari ini lin nak buat segmen untuk  review kawan-kawan blogger semua.sesiapa yang nak lin review blog mereka tinggalkan link blog di komen eh.tak ada syarat pun ye..


lin tunggu.....



ps:mood happy ^.^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...