Kanak-kanak disyaki didera | ckod-ckodok

ckod-ckodok: Kanak-kanak disyaki didera

Sunday 18 August 2013

Kanak-kanak disyaki didera

Ipoh: Polis mereman suami isteri yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, di Menglembu, di sini, Khamis lalu, sehingga menyebabkan mangsa cedera parah dan masih menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, di sini.
Perintah reman selama tiga hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung kes itu dikeluarkan oleh Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Majistret Ipoh, jam 10.25 pagi semalam. Suspek lelaki berusia 39 tahun tiba di mahkamah jam 10.25 pagi, manakala suspek wanita berusia 30 tahun tiba setengah jam kemudian.

Kedua-dua suspek berada di dalam mahkamah lebih setengah jam dan keluar bersama dengan menaiki kenderaan polis sebelum meninggalkan bangunan itu, jam 11.30 pagi. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima laporan dibuat oleh doktor yang merawat mangsa. “Dia memberitahu, mangsa cedera di beberapa bahagian badan dan kepala, disyaki kesan penderaan.
“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan dan menahan ibu bapa kanak-kanak itu di rumahnya di Taman Wang, Menglembu di sini, jam 1.30 petang kelmarin,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendera. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.


sumber harian metro

meh klik iklan ni satu kali



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...