Bom Ditinggalkan Dalam Kereta | ckod-ckodok

ckod-ckodok: Bom Ditinggalkan Dalam Kereta

Sunday 18 August 2013

Bom Ditinggalkan Dalam Kereta

bom
kereta yang ditinggalkan suspek



Port Dickson: Seorang ejen bilik penginapan di sebuah resort di Jalan Pantai, Batu 2, di sini, menempuh saat mencemaskan apabila seorang pelanggan meninggalkan sebutir bom dalam kereta di tempat letak kenderaan di tingkat dua resort, malam kelmarin.
A Kannan, 36, berkata, dia menyewakan sebuah bilik di tingkat dua kepada suspek berusia 25 tahun dan teman wanitanya berusia lingkungan 20-an pada jam 6.56 petang, Selasa lalu.
Bagaimanapun, katanya, pasangan berkenaan meninggalkan bilik itu jam 12 tengah hari Rabu lalu tanpa memaklumkan kepadanya.

“Ketika mengemas bilik itu pada 14 Ogos lalu (Rabu lalu), saya terkejut kerana pintu tidak berkunci dan kunci hanya diletakkan di dalam bilik.“Enggan berfikir panjang, saya menutup akaun kemasukan mereka dan terus mengemas bilik,” katanya.

sumber:Harian metro

da baca meh tengok iklan menarik ni pulak:



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...