ckod-ckodok: March 2013

ckod-ckodok: March 2013

Friday 29 March 2013

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

klik banner untuk join



 
 
 
 
lin nak tag : mis ekin ,emas putih , cik amal



harap ada tuah huhuhu..

Thursday 28 March 2013

Tonton online Sehangat Asmara

sehangat asmara episode 1
klik link ini untuk tonton sehangat asmara episode 1  --->tonton sekarang<---

sehangat asmara episode 2
klik link ini untuk tonton sehangat asmara episode 2 --->tonton sekarang<--

sehangat asmara episode 3
klik link ini untuk tonton sehangat asmara episode3--->tonton sekarang
  



akan di update ^.^

Wednesday 27 March 2013

Aktiviti Hari ini



 hari ini hari saya tiada kerja,,,jadi lin nak buat senarai kerja yang bakal di lakukan hari ini:

1-nak melepak depan laptop=nak edit blog,banyakkan entri bagai,kononnya la.jap ag blog ke mana entri kemana

2-nak makan nasi lemak + roti canai= saya memang kuat makan,hahaha

3-nak pakai mask muka+eye patch=nak perasan ala-ala muka artis korea weee.

4-tunggu abg posmen datang=sebab sudah order novel online dari karya seni(murah tau jimat rm3 dan pos laju percuma)cepat2 pergi usha laman web karya seni.

5-tunggu mak masak tengah hari=pemalaskan lin ni,hahaha

6-masih belum dirancang......

















Tuesday 19 March 2013

Review Blog Pemenang Segmen 1st giveaway by Ckod-Ckodok

salam pemenang seterusnya ialah jom jom terjah ok... ini adalah pemenang yang terakhir bagi segmen 1st giveaway by ckod-ckodok.lin nak ucapakan terima kasih pada semua yang join dan memberi sokongan pada lin,lin nak minta maaf sekiraNYA terdapat kekurangan dalam lin menjalankan segmen 1st ini. nanti jangan la segan-segan nak joinkan diri lagi ye.....terima kasih.

Review Blog Pemenang Segmen 1st Giveaway by Ckod-ckodok

salam

entri kali nak review blog pemenang bertuah seterusnya iaitu

klik banner untuk terjah nida ok..^.^


jom la terjah blogger nida ni.comel orangnya.mesti minat warna pupel la ni sebab blog nida ni berwarna pupel.hehehe sweet gitu..


jom-jom terjah..

Review Blog Pemenang Segmen 1st Giveaway By Ckod-Ckodok

salam ..

entri kali ini lin nak review blog bagi pemenang segmen 1st giveaway by ckod-ckodok.pemenangnya ialag seorang blogger yang sangat dikenali iatu cik fie .blog cik fie ni sangat comel je lin tengok bertemakan biru dan pink,merupakan gabungan yang sangat menarik sekali..

cik fie ni pun banyak follower tahu sampai 4ribu.bila la lin boleh dapat follower sebanyak itu.hehehe

jom kita terjah blog cik fie disini ye http://www.cikfie.com


ps: lin nak letak header cik fie tapi header dia tak keluar gambar.haih.masalah laptop lin ni.

Monday 18 March 2013

Aktiviti Hari Ini

ok salam semua dan hai...

hari ini da cadang nak online lama sikit,nak uruskan blog yang semakin bersawang ni,sampai kalau lipas masuk pun mati sesat  tak dapat cari jalan keluar,hahaha,nak habiskan semua kerja sebelum pukul 5,sebab pukul 5 nak cuci kereta my abah suruh sejak dari minggu lepas lagi,hahaha


my abah siap mengata lagi main internet berjam -jam boleh.cuci kereta malas.memang sangat menusuk kalbu ayat my abah itu,korang rasa blog lin ni macam serabut tak?lin rasa macam serabut,lin tak suka sangat serabut-serabut ni,sakit mata den ni haa nak tengok.sampai berpinau mata,ingat nak edit balik layout blog ni.harap-harap sempat la ye sebelum pukul l5,lepas ni nak review blog yang menang 1st giveaway by ckod-ckodok.minta maaf ye.lin lambat nak review 3 lagi pemenang .

insyaallah hari ini lin akan cuba habiskan.

ok tak mahu taip banyak lagi,jom la kita mulakan kerja.....(sambil naik skuter buat up vRoommmm)

Sunday 17 March 2013

macam mana nak atasi malas nak update blog

salam...

lin tak tahu kenapa ,sejak akhir-akhir ni tiap kali online je,hati jadi macam malas je nak log in blogger.sebelum online macam-macam idea dalam kepala.banyak sangat idea menarik.tapi online je terus jadi macam otak ni di block..huhuhu..


nak kata malas tak juga facebook rajin je nak menaip.hahaha.
idea akan hilang bila buka je laman web blogger.adoi macam mana nak atasi masalah ni ye......





Friday 15 March 2013

Review Blog Pemenang segmen 1st Giveaway By Ckod-Ckodok *2

salam dan hai

entri kali ini lin nak review blog pemenang 1st giveaway by ckod-ckodok .pemenang yang bertuah ialah Fiqa.Tahniah diucapkan ye.adik fiqa ini berasal dari johor .blog adik fiqa ni kemas je lin tengok.bertemakan warna ungu gitu.jom kita terjah blog adik fiqa ni ye.





klik banner ye
                                                   




Pondok telefon dijadikan akuarium

bila manusia menjadi kreatif ini la hasilnya.hehehe....










klik sini untuk lebih banyak info


credit to:pen patah

Jual Tumbuhan Guna Mesin

  

salam satu malaysia,pernah tengok kan vending machine jual air tin la,makanan la.tapi pernah ke korang tengok vending machine jual benih tumbuhan????..jangan tak tahu ada jual tau.huhu.comelkan kan.jom tengok gambar di bawah




















nak egg mcmuffin percuma???klik--->sini<----

credit to:pen patah




Review Blog Pemenang 1st Giveaway By Ckod-ckodok *1

salam dan hai...

Hari ini lin nak review blog yang menang segmen 1st giveaway by ckod-ckodok.maaf ye lambat nak update kerana sibuk sikit akhir-akhirni.


entri kali ini lin nak review blog dari kawan kita yang bernama yumida huda .tahniah diucapkan kepada yumida ye.blog yumida huda ini sangat simple tetapi comel.tengok jela header beliau yang cute miut ni.



jom kita terjah blog yumida  ni ok.


Monday 11 March 2013

Pemenang Segmen 1st Giveaway by Ckod-Ckodok

salam..

jom kita lihat siapa yang bertuah,lin mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana sudi join segmen yang tak seberapa ni,,,,,,,yang tak bertuah tu insyaallah lin akan buat lagi segmen macam ni ye.ingat nak bagi hadiah felt craft la pulak.hehehe lau ada rezeki nanti...


pemenang 1x topup maxis:
peserta no 14.
http://muslimahsejati96.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html

Tahniah..........


pemenang review blog dari ckod-ckodok:

peserta no 20.
http://umikasum.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html

peserta no 13.
http://fiqansz.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html

peserta no 11.
http://www.cikfie.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html

peserta no 4.
http://nadhirahnida.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html

peserta no 15.
http://setiasmile.blogspot.com/2013/03/1st-giveawayby-ckod-ckodok.html



pemenang review blog dari Mis Ekin: 


peserta no 21.
http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html

peserta 6.
http://budaxxperasangoergus.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html

peserta no 7.
http://farispunyabelog.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html

peserta no 18.
http://afiekoreanlovers.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html

peserta no 1.
http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html


tahniah semua pemenang,dan terima kasih pada semua kawan-kawan yang menjoinkan diri dan memberi sokongan terhadap blog ckod-ckodok,,,pemenang akan dihubungi nanti di blog masing-masing...n.n
 

SEGMEN TAMAT!!!!

salam dan hai semua pembaca blog ckod-ckodok..hehe

kan baru-baru ini lin ada buat segmen.berapa hari je segmen ni berlangsung .alhamdullilah ada kawan-kawan blogger yang sudi menjoinkan diri walau hadiah dia tak seberapa.terima kasih lin ucapkan.sekejap lagi lin akan umumkan pemenangnya ye.




Saturday 9 March 2013

Senarai Peserta 1st Giveaway by ckod-ckodok

salam....
dan hai kawan-kawan blogger sekalian,

belum tamat lagi sapa nak join klik banner ok..


Lin baru-baru ini ada lancarkan cis ayat tak boleh blahkan.hahaha segmen yang bertajuk 1st giveaway by ckod-ckodok.entri kali ini lin nak senaraikan peserta yang sudi menjoinkan diri mereka.kawan-kawan yang rajin jom la kita blogwalking blog mereka ye..lets cekidot bebeh..hahaha

1.http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
2.http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
3.http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
4.http://nadhirahnida.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
5.http://eydaamandaii.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
6.http://budaxxperasangoergus.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
7.http://farispunyabelog.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
8.http://justforcontest.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
9.http://www.fatindiana.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
10.http://musicloveanisa.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
11.http://www.cikfie.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
12.http://nursyafiqahrahmat.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
13.http://fiqansz.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
14.http://muslimahsejati96.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
15.http://setiasmile.blogspot.com/2013/03/1st-giveawayby-ckod-ckodok.html
16.http://captaindybo.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
17.http://belogkisahkami.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
18.http://afiekoreanlovers.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
19.http://nurulzayani.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
20. http://umikasum.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
21.http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2013/03/1st-giveaway-by-ckod-ckodok.html
22.

ok segmen tak abis lagi tau.sapa nak join boleh lagi..klik sini  .


Thursday 7 March 2013

Suami Mati Diseksa Perompak Depan Isteri

Teluk Intan: “Saya tidak dapat bayangkan detik ngeri apabila arwah suami diseksa dan dicekik sekuat hati oleh perompak hingga mati di depan mata saya dan anak,” ujar isteri mangsa pembunuhan kejam, Mohd Suhaili Abd Salim, 27, Masitah Zamri, 26.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam, mangsa seorang petani dibunuh ketika cuba melawan empat penjenayah yang menceroboh rumahnya di Kampung Sungai Badak, Ulu Dedap, Mukim Kota Setia, di sini. Masitah berkata, beberapa jam sebelum kejadian, suaminya sempat menghadiahkan ciuman tanda sayang sebelum dia dan anak perempuannya, Nor Farah Izzati Mohd Suhaili, 7, tidur.

“Kejadian berlaku ketika kami semua sedang nyenyak tidur di dalam bilik sebelum terkejut apabila pintu bilik ditendang hingga pecah.
“Empat lelaki bersenjata parang dan bertopeng muncul sebelum mengacukan senjata ke arah kami. Suhaili cuba melawan, namun dipukul sebelum tangannya diikat,” katanya.

Dia mendakwa tangannya diikat penjenayah bersama anak perempuannya itu.

“Penjenayah kemudian memukul semula suami bertubi-tubi dengan batang paip dan seterika hingga tidak bermaya. Malah, penjenayah turut menyumbat seluar ke dalam mulut arwah suami saya.
“Mereka turut memukul suami saya sekali lagi sebelum mencekik lehernya tanpa belas kasihan. Suami saya hanya dilepaskan selepas dia rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Masitah berkata, dia merayu supaya suaminya dilepaskan dan meminta penjenayah mengambil semua barang kemas dipakainya, namun tidak diendahkan.
“Penjenayah kemudian merampas semua barang kemas yang saya pakai termasuk rantai, subang, rantai kaki, cincin dan dua telefon bimbit sebelum melarikan diri menaiki kereta Proton Waja milik kami.

“Saya kemudian membuka ikatan sebelum meminta bantuan bapa mentua. Bagaimanapun, suami disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Nor Farah yang juga murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Sungai Renggam, Ulu Dedap, di sini, hanya mampu menangis ketika mengingati tindakan zalim penjenayah ke atas bapanya.

“Saya melihat sendiri penjenayah itu memukul bapa dengan batang paip selain menjerut lehernya dengan tali pinggang sehingga pengsan. Saya harap penjenayah terbabit mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, suspek memasuki rumah mangsa pada jam 3.30 pagi dengan menendang pintu sebelum mengikat mangsa dengan tali serta memukulnya dengan batang besi dan seterika.

“Sejurus ambulans tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah tidak bernyawa sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati, rumah mangsa terletak agak terpencil di dalam ladang kelapa sawit.

Mohd Shukri berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian itu termasuk memburu keempat-empat suspek.

9 Mayat Pengganas Ditemui Di Lahad Datu

LAHAD DATU: Sembilan mayat yang semuanya lelaki ditanam dalam sebuah lubang besar dan ditutup dengan papan ditemui pasukan keselamatan ketika operasi menggeledah dan mencari dalam Op Daulat di Kampung Tanduo, tengah hari ini.
Ketika Op berkenaan, anggota polis forensik yang melakukan tugas memeriksa mayat semua pengganas yang dikumpulkan di suatu kawasan ditembak oleh saki baki pengganas terbabit sebelum mereka melarikan diri kira-kira jam 1.45 tengah hari.
Sembilan mayat yang ditemui itu dipercayai anggota kumpulan pengganas yang terbunuh dalam insiden serang hendap ke atas anggota Komando Polis VAT 69 yang turut mengorbankan dua anggota keselamatan Malaysia pada 1 Mac lalu.

Mayat yang sudah kembung dan berbau itu dipercayai dikebumikan oleh rakan pengganas terbabit dengan cara menggali lubang besar dan menutupnya dengan kepingan papan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehingga ini, dalam operasi berkenaan pihak keselamatan turut merampas beberapa senjata api daripada pengganas yang ditembak mati.

Menurutnya, dalam keadaan muka bumi yang sukar operasi penggeledahan turut mengambil masa.

"Malah ketika melakukan tugas itu anggota keselamatan turut diserang," katanya ketika sidang media bersama Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein di Felda Residence Sahabat, di sini, petang semalam.

Dalam sidang akhbar itu Ahmad Zahid turut menunjukkan beberapa gambar mayat dan situasi terkini serangan ofensif yang dijalankan pasukan keselamatan, semalam.

Beliau berkata, pendedahan beberapa gambar ini bertujuan menunjukkan kepada masyarakat apa sebenarnya yang berlaku dalam serangan berkenaan.

Sementara itu, Hishamuddin berkata, walaupun dalam melakukan tugas menggeledah dan mencari di kawasan dianggap selamat tetapi anggota pasukan keselamatan masih diserang.

"Pasukan keselamatan mesti berhati-hati melaksanakan tugasan," katanya
my metro

Wednesday 6 March 2013

Pengarah Hospital Taiping Ditetak


Taiping: Pengarah Hospital Taiping Dr Mohd Yassim Abdul Rahman, cedera di tangan dan kakinya akibat ditetak dengan parang panjang oleh kakitangan hospital berkenaan selepas satu pergaduhan, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, pekerja di Jabatan Pengimejan itu dipercayai gagal mengawal kemarahan sebelum menetak Dr Mohd Yassim ketika mereka bertemu di sebuah bilik di jabatan berkenaan.

Suspek berusia 53 tahun itu bagaimanapun melarikan diri sejurus insiden itu dan gagal dikesan sehingga kini. Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, mangsa yang cedera teruk di tangan dan kaki terpaksa dikejarkan beberapa kakitangan hospital lain ke Unit Kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, katanya, mangsa terpaksa di bawa ke Hospital Selayang jam 1 tengah hari untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pemantauan lebih rapi.

“Mangsa kini stabil, namun masih memerlukan pemantauan lanjut berikutan luka teruk yang dialami akibat kesan kelar itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, pihaknya menjejaki suspek di rumahnya di pekan Taiping, namun gagal menemuinya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, beliau terkejut sejurus menerima berita mengenai insiden berkenaan.

Menurutnya, beliau kini menyerahkan kepada polis menyiasat lanjut kejadian itu.
Beliau mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri melakukan siasatan terperinci mengenai insiden itu.

“Saya berusaha mengumpulkan maklumat lengkap mengenai kejadian itu,” katanya.

Suami Penyanyi Mati


Ampang: “Saya rindukan anak-anak.” Itulah kata-kata terakhir Mohd Khairul Azmi Jaafar, 39, kepada rakan baiknya sebelum dia ditemui mati disyaki selepas bergelut dengan isterinya yang juga seorang penyanyi popular lewat 1990-an di sebuah kondominium di Ampang Utama, di sini, kelmarin.
Hasil bedah siasat, mangsa mati akibat serangan jantung berikutan pergelutan dan kekasaran.
Mangsa sebelum itu mengajak rakan berkenaan ke rumah penyanyi terbabit untuk berjumpa anak perempuan mereka berusia setahun.

Difahamkan, sebaik tiba di rumah itu jam 5 petang, berlaku pertengkaran dan pergelutan antara mangsa dan isterinya sebelum dia pengsan dalam sebuah bilik dengan keadaan kedua-dua tangan dan kaki terikat dan disahkan mati.
Isteri mangsa berusia 39 tahun dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya itu dengan bantuan dua anak saudara angkara tidak puas hati pertengkaran bermotifkan perebutan anak.
sumber:myMetro

Hati-Hati Bila Di Stesen Minyak


Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. 

Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. 

Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia 

Tuesday 5 March 2013

Mini Giveaway by FD

klik untuk join

Monday 4 March 2013

Menang Giveaway 2nd Year Ohsem Anniversary

haip haip......
buka-buka je email hari ini nampak satu komen dari blogger remy hazza yang berbunyi begini,ecece sejak bila email boleh berbunyi,,hahaha hentam je la..ehem2...sila baca dengan mood yang sangat bersemangat ye...



as lin....

tahniah....... sahabat dah berjaya dlm segmen remy .... 2nd Ohsem Anniversary aku cuma seorang kulikutif !!!! let's check out !!!!!
http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/2013/03/tahniah-blogger-bertuah-2nd-year-ohsem.html 

ok dengan lajunya lin buka laptop sebab tadi buka email guna handphone je,hahaha,tak syok labuka blog guna handphone ni,buka je laptop terus buka link yang blogger remy hazza bagi tu,wahhhh......menang juga akhirnya,rasa macam bertuah sangat tau,bukan senang dalam ramai-ramai nama kita terpilih secara random tau,

hadiah?tak tahu la apa lagi,,bersyukur je dapat hadiah apa pun,janji rezeki ye dak.


terima kasih kepada blogger remy hazza nanti buat guveaway lagi ye.huhuhuhuhuhu.





sekian terima kasih...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...