9 Mayat Pengganas Ditemui Di Lahad Datu | ckod-ckodok

ckod-ckodok: 9 Mayat Pengganas Ditemui Di Lahad Datu

Thursday, 7 March 2013

9 Mayat Pengganas Ditemui Di Lahad Datu

LAHAD DATU: Sembilan mayat yang semuanya lelaki ditanam dalam sebuah lubang besar dan ditutup dengan papan ditemui pasukan keselamatan ketika operasi menggeledah dan mencari dalam Op Daulat di Kampung Tanduo, tengah hari ini.
Ketika Op berkenaan, anggota polis forensik yang melakukan tugas memeriksa mayat semua pengganas yang dikumpulkan di suatu kawasan ditembak oleh saki baki pengganas terbabit sebelum mereka melarikan diri kira-kira jam 1.45 tengah hari.
Sembilan mayat yang ditemui itu dipercayai anggota kumpulan pengganas yang terbunuh dalam insiden serang hendap ke atas anggota Komando Polis VAT 69 yang turut mengorbankan dua anggota keselamatan Malaysia pada 1 Mac lalu.

Mayat yang sudah kembung dan berbau itu dipercayai dikebumikan oleh rakan pengganas terbabit dengan cara menggali lubang besar dan menutupnya dengan kepingan papan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehingga ini, dalam operasi berkenaan pihak keselamatan turut merampas beberapa senjata api daripada pengganas yang ditembak mati.

Menurutnya, dalam keadaan muka bumi yang sukar operasi penggeledahan turut mengambil masa.

"Malah ketika melakukan tugas itu anggota keselamatan turut diserang," katanya ketika sidang media bersama Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein di Felda Residence Sahabat, di sini, petang semalam.

Dalam sidang akhbar itu Ahmad Zahid turut menunjukkan beberapa gambar mayat dan situasi terkini serangan ofensif yang dijalankan pasukan keselamatan, semalam.

Beliau berkata, pendedahan beberapa gambar ini bertujuan menunjukkan kepada masyarakat apa sebenarnya yang berlaku dalam serangan berkenaan.

Sementara itu, Hishamuddin berkata, walaupun dalam melakukan tugas menggeledah dan mencari di kawasan dianggap selamat tetapi anggota pasukan keselamatan masih diserang.

"Pasukan keselamatan mesti berhati-hati melaksanakan tugasan," katanya
my metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...