Sebab Pedih Ulu hati (Gaviscon) | ckod-ckodok

ckod-ckodok: Sebab Pedih Ulu hati (Gaviscon)

Tuesday 18 March 2014

Sebab Pedih Ulu hati (Gaviscon)

salam dan hai.

hari ini nak kongsi mengenai penyakit yang sering dialami oleh rakyat malaysia.tentu ramai antara kita tertanya-tanya apa sebab pedih ulu hati.sebelum tu mari kita lihat apa maksud pedih ulu hati  sumber ini dipetik dari knowyourmedicine.gov.my .menurut knowyourmedicine.gov.my Pedih ulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung. Sebaliknya, kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh asid perut. Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati.

 

Ketidakhadaman pula merupakan rasa tidak selesa di bahagian atas saluran gastrointestinal disebabkan oleh pemakanan. Tanda-tanda dan simptom ketidakhadaman termasuklah:

·         Rasa tidak selesa, sakit ataupun kejang di bahagian perut

·         Sendawa

·         Rasa loya dan tiada selera makan

·         Rasa kembung atau penuh di bahagian perut

 

Perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan boleh membantu melegakan simptom-simptom berkaitan ketidakhadaman dan pedih ulu hati ini.

pemakanan juga memainkan peranan dalam menangani masalah pedih ulu hati ini.menurut sumber yang diberi oleh Gaviscon, perubatan masyarakat cina percaya makanan terdiri daripada 3 kategori iaitu panas-normal-sejuk.mereka juga percaya badan manusia juga mempunyai panas-normal-sejuk.jadi kita mesti tahu keadaan diri kita sendiri.mari kita lihat panduan yang di sediakan oleh pihak Gaviscon.ketahui anda tergolong dalam kategori yang mana melalui  panduan yang disediakan Gaviscon.




Bagi yang menghadapi penyakit pedih ulu hati boleh mendapatkan ubat dari Gaviscon.untuk keterangan lanjut sila ke www.gaviscon.com.my


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...