Jarum tanpa rasa sakit berjaya dicipta | ckod-ckodok

ckod-ckodok: Jarum tanpa rasa sakit berjaya dicipta

Wednesday, 12 December 2012

Jarum tanpa rasa sakit berjaya dicipta

horeeee......!!!!

*hahaha bagi mereka yang takut disuntik anda kini tidak perlu risau kerana seorang saintis dari  HOSPITAL WANITA BRIGHAM,BOSTON iaitu dr.jeffrey karp bersama sekumpulan saintis telah berjaya mencipta jarum yang tidak akan mendatang sakit..

*jarum itu telah dicipta berdasarkan ciri-ciri duri landak .menurut ketua penyelidikan iaitu dr.jeffrey karp ilham itu datang selepas mengkaji kaedah menyelamatkan diri oleh landak amerika utara ketika mempertahankan diri dari musuh.duri landak mempunyai hujung tajam halus seperti cangkuk terbalik

macam ini la rupa duri landak


*menurut beliau lagi Cangkuk tersebut berfungsi seperti mata pisau yang bergerigi, dengan mudah masuk ke dalam tisu dan melekap pada daging serta dalam masa yang sama bertindak mengurangkan tekanan ketika ia ditusuk.

*Berdasarkan struktur tersebut, Dr. Karp dan pasukannya mencipta replika plastik menyerupai struktur duri landak, yang berupaya mengurangkan tekanan ketika dicucuk, namun mudah ditarik bagi mengurangkan kesakitan.

Kajian tersebut dijangka mampu memperbaharui rekaan jarum suntikan dan peralatan perubatan pada masa depan.

ps:hahaha bagi sesiapa yang takut jarum korang tunggu la kaedah ini berjaya di hasilkan sepenuhnya ok...

xoxo
(lin)





 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...