Di belasah 10 lelaki | ckod-ckodok

ckod-ckodok: Di belasah 10 lelaki

Tuesday, 15 January 2013

Di belasah 10 lelaki

Akibatnya, dia terpaksa menanggung kesakitan kerana mengalami lebam dan luka di beberapa bahagian badan.

Dalam kejadian kira-kira 10.50 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, 23, berkata, ketika kejadian dia sedang bersembang dengan sepupu di hadapan rumah bapa saudaranya.
Katanya, tiba-tiba dua kereta berhenti di hadapannya sebelum 10 lelaki bersenjatakan kayu dan batang paip meluru ke arahnya.

Menurutnya, tanpa sempat berbuat apa-apa, lelaki terbabit terus memukul, menendang dan menumbuknya bertubi-tubi.

“Saya cuba mempertahankan diri, tapi tiba-tiba saya nampak seorang daripada lelaki itu mengambil besi kunci motosikal dan memukul saya,” katanya
“Akhirnya saya terpaksa membiarkan diri dibelasah kerana khuatir akan dicederakan lebih teruk,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, selepas beberapa minit membelasahnya, semua lelaki itu meninggalkannya yang sedang menahan kesakitan.
Namun, sebelum melarikan diri, mereka sempat menterbalikkan motosikal, merosakkan pintu dan tingkap rumah bapa saudaranya itu.

Amir berkata, dia bernasib baik kerana sepupunya berjaya menyelamatkan diri dengan menyorok di dalam rumah jiran.

Beliau berkata, sehingga kini, dia masih bingung dengan kejadian yang berlaku kerana dia tidak mempunyai musuh atau masalah dengan orang lain.

Katanya, selepas kejadian, dia bimbang untuk keluar rumah.

Pemilik rumah yang mahu dikenali sebagai Din, 67, berkata, dia bimbang kejadian itu pertama kali berlaku sejak tinggal di rumah 43 tahun lalu.

Katanya, dia sendiri tidak mempunyai musuh dengan sesiapa, malah hubungannya rapat dengan penduduk kampung.

“Saya syak kumpulan itu tersalah rumah dan menyerang anak saudara saya kerana dia juga tidak ada musuh.

“Namun, saya bersyukur kerana mereka tidak merosakkan rumah dan kecederaan yang dialami anak saudara saya juga tidak serius,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.


sumber:harian metro

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...