Kuala Lumpur: Tidak tahan wang simpanannya sering dilesapkan suami yang suka berjudi, seorang wanita terpaksa menyorokkan wang hasil pendapatannya menjual nasi lemak dengan mengorek lubang dan menanam tin berisi wang di dalam rumahnya.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mashitah, 42, berkata, hasil kegigihan dan sikap jimat cermatnya selama dua tahun, dia berjaya menyimpan RM42,000.
Menurutnya, tindakan menanam wang simpanan dalam tanah ikhtiar terakhirnya bagi memastikan wang miliknya tidak diambil suami yang ketagih bermain judi mesin kuda.
“Dia mengambil duit saya kerana setiap bulan semua gajinya sebagai penjawat awam habis digunakan untuk membayar hutang akibat berjudi.
“Dia mengambil duit saya kerana setiap bulan semua gajinya sebagai penjawat awam habis digunakan untuk membayar hutang akibat berjudi.
“Malah, semua barang kemas saya berjumlah RM12,000 dia gadai dan duit digunakan untuk berjudi dan selepas itu, saya terpaksa menebus sendiri untuk mendapatkan balik barang kemas berkenaan,” kata ibu tiga anak berusia enam hingga 15 tahun itu.
sumber:mymetro
No comments:
Post a Comment