wanita dipukau 2 lelaki | ckod-ckodok

ckod-ckodok: wanita dipukau 2 lelaki

Tuesday 15 January 2013

wanita dipukau 2 lelaki

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 40 tahun pergi ke pasar di Desa Jaya, di sini, untuk membeli barangan keperluan sebelum dua lelaki yang menaiki sebuah kereta berhenti dan menghampirinya seolah-olah ingin bertanya sesuatu, kira-kira jam 7 pagi, Jumaat lalu. Sumber berkata, ketika lelaki itu menghampirinya, mangsa seperti dipukau dan hanya menurut arahan lelaki itu untuk masuk ke dalam kereta.

“Kedua-dua lelaki terbabit membawa mangsa ke sebuah rumah. Mereka turut mengambil beg tangan mangsa sebelum membawa mangsa ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang tunai,” katanya.
Beliau berkata, mangsa hanya mengikut arahan lelaki itu dengan mengeluarkan wang tunai RM5,000 melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Menurutnya, sebaik selesai mengambil wang itu, mangsa dibawa ke rumah berkenaan dan ditinggalkan semalaman.

“Keesokannya mangsa dibawa semula ke pasar di Desa Jaya kira-kira jam 10 pagi sebelum ditinggalkan di kawasan berkenaan. “Sebaik kedua-dua lelaki itu meninggalkannya, mangsa seolah-olah tersedar dan terus memeriksa beg tangannya sebelum mendapati sejumlah wang hilang,” katanya.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya, di sini, kerana yakin ditipu dan dipukau kedua-dua lelaki terbabit.


sumber:harian metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...